sukan

Laos kejutkan Raja Bola Sepak Asia Tenggara

Raja Asia Tenggara, Thailand, sekadar berpuas hati memperoleh keputusan seri 1-1 ketika berdepan Laos dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Thammasat, malam tadi.

Pasukan di ranking ke-96 dunia itu gagal menghasilkan kemenangan dalam dua aksi kalender Persekutuan Bola Sepak Antarbangsa (FIFA) bertemu Lubnan pada 14 November lalu dan terbaru Laos.

Kedua-dua pasukan mempamerkan kesungguhan tinggi apabila kerap bergilir-gilir melancarkan serangan, namun dipatahkan oleh pertahanan masing-masing yang memaksa tiada jaringan dibutirkan dalam separuh masa pertama.

Skuad Gajah Perang akhirnya menemui sentuhan jaringan apabila pemain tengah Buriram United, Seksan Ratree, melepaskan rembatan deras menewaskan penjaga gol kebangsaan Laos, Xaysavath Souvanhansok, pada minit ke-60.

Pemain yang berkelana di Belgium, Suphanat Mueanta, dimasukkan oleh Masatada Ishii bagi menambah bisa serangan Thailand.
Berselang sembilan minit kemudian, Loas seakan mendapatkan rentak kecemerlangan tatkala Svay Rieng menyamakan kedudukan yang menyaksikan sepakan dari luar kotak penalti menembusi jaring Thailand.

sumber:- stadium astro

Keputusan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan menandakan Laos berjaya pulih daripada kekalahan 1-3 kepada Harimau Malaya, minggu lalu.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

7 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

7 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

11 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

12 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

13 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

14 hours ago