sukan

Indonesia bedal Jepun 7-0 di Gelora Bung Karno curi tumpuan

Tifo gergasi dimana Indonesia pernah membenam Jepun 7-0 pada tahun 1968 sebelum bermula perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 antara dua negara itu di Stadium Gelora Bung Karno mencuri tumpuan.

Tifo itu terpapar mesej “Jangan lupa ini, kami percaya ia akan berlaku lagi”, dengan tujuan memberikan amaran buat pasukan negara matahari terbit itu bahawa maruah mereka pernah dicalarkan oleh skuad Garuda suatu ketika dulu.

sumber:- stadium astro

Begitupun, Indonesia menjadi mangsa amukan Jepun apabila tewas 4-0 sebentar tadi sekali gus menyaksikan skuad kendalian Shin Tae-yong berada di kedudukan terakhir Kumpulan C dengan tiga mata dan Jepun kekal sebagai pendahulu kumpulan.