sukan

Legenda Man United berang Amorim singkir Nistelrooy

Ruben Amorim mengambil risiko merenggangkan hubungannya dengan pemain dan penyokong Manchester United selepas memecat Ruud van Nistelrooy, menurut Rio Ferdinand.

Van Nistelrooy mengendalikan empat perlawanan sebagai pengurus sementara selepas pemecatan Erik ten Hag, tetapi diberitahu semalam bahawa khidmatnya tidak lagi diperlukan.

Bekas penyerang United itu menunjukkan prestasi yang baik, menang tiga perlawanan dan seri sekali.

Amorim tiba di Manchester semalam bersama kakitangan jurulatih yang pernah bekerjasama dengannya di Sporting, yang kini akan menggalas tugas di United.

Dia bercakap secara bersemuka dengan Van Nistelrooy untuk memberitahunya mengenai keputusannya dan kini bersedia untuk menghadapi perlawanan pertamanya sebagai pengurus apabila menentang Ipswich pada 25 November ini.

Ferdinand yang pernah beraksi bersama Van Nistelrooy di United, mengagumi pendekatan rakannya itu yang berjaya mengawal situasi genting sejak beberapa minggu lalu.

“Dia mempunyai tekad yang kuat untuk meletakkan dirinya dalam kedudukan terbaik, sama ada untuk kekal di kelab dalam kapasiti tertentu atau seseorang akan mengajaknya menjadi pengurus.

“Dia kelihatan sesuai (menggalas tugas pengurus) dan dia membuktikannya,” kata Ferdinand dalam program Rio Ferdinand Presents.

“Kelab berada dalam tempoh yang sukar. Hubungan pengurus dengan beberapa pemain nampaknya terjejas dan sukar diperbaiki, dan penyokong nampaknya sudah membuat keputusan.

“Barisan pemain mula menyukainya (Nistelrooy). Mereka menghargai caranya secara taktikal, individu dan sebagai satu pasukan serta ada perasaan ikhlas dalam diri mereka untuk beraksi dengan baik demi dirinya,” tambah Ferdinand.

sumber:- BH

Bekas pemain tengah United, Owen Hargreaves turut menyuarakan pendapat bahawa Amorim sepatutnya mengekalkan Van Nistelrooy. – AGENSI

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

7 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

7 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

11 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

12 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

13 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

14 hours ago