Seorang pemain terbunuh dan lima lagi mengalami kecederaan selepas dipanah petir dalam perlawanan yang berlangsung di Peru.
Jose Hugo de la Cruz Meza, merupakan individu pertama rebah dalam video yang dimuat naik susulan pengadil perlawanan mengambil keputusan untuk menghentikan permainan, meninggal dunia di tempat kejadian.
Penjaga gol, Juan Chocca Llacta, 40, turut disambar petir dan dikejarkan ke hospital selepas mengalami kesan kebakaran yang serius di seluruh badan.
Dua pemain remaja berusia 16, 19 tahun dan seorang lagi berusia 24 tahun antara yang mengalami kecederaan namun dikhabarkan stabil selepas dibawa ke hospital.
sumber:- stadium astro
Tragedi itu berlaku semasa kejohanan serantau di Chilca, salah satu daripada 28 daerah yang membentuk wilayah tengah Peru Huancayo, antara dua pasukan tempatan yang dipanggil Juventud Bellavista dan Familia Chocca.