sukan

Selangor FC akhirnya buka mulut isu perletakkan Jawatan Nidzam

Selangor FC ternyata baik hati apabila tidak mengenakan sebarang bayaran pampasan kepada bekas pengendalinya, Nidzam Jamil di atas keputusan mengejut meletak jawatan, semalam.

Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar yang menyatakan keputusan itu diambil selepas pengurusan pasukan dan Nidzam menandatangani perjanjian bersama membabitkan kontrak bekas jurulatih berusia 44 tahun itu.

Beliau berkata, walaupun cukup berat untuk melepaskan Nidzam namun Selangor FC terpaksa akur terhadap keputusan itu dan akan cuba mencari pengganti dengan kadar segera.

“Selangor sudah menandatangani perjanjian bersama iaitu tidak akan mengenakan sebarang pampasan kepada Nidzam walaupun kontraknya berakhir hujung musim ini.

“Kita mengambil kira segala pengorbanan yang sudah dilakukan beliau dalam membawa Selangor FC mencipta keputusan positif termasuklah berada di kedudukan kedua saingan Liga Super,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Terdahulu, Arena Metro melaporkan bahawa Selangor FC menerima tamparan hebat apabila pengendali pasukan Ndizam Jamil memutuskan untuk meninggalkan skuad Gergasi Merah dengan serta merta.

Situasi terbabit disahkan pengurusan Selangor FC yang menyatakan bahawa Nidzam mahu mengundur diri daripada mengendalikan pasukan itu.

Sementara itu, Shahril yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor turut menyatakan bahawa pengurusan pasukan tidak pernah mendesak atau memaksa Nidzam supaya melepaskan jawatannya itu.

“Jika diikutkan dua bulan lalu Nidzam ada menyatakan mahu meletakkan jawatan namun kita berjaya memujuknya supaya terus kekal memimpin Selangor FC.

sumber:- HM

“Namun, kali ini beliau tekad untuk melepaskan jawatan terbabit. Hanya Nidzam saja tahu sebab beliau meletakkan jawatan dan Selangor FC menghormati keputusan itu,” katanya.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

9 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

9 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

13 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

14 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

14 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

15 hours ago