Pemain Panathinaikos dan pasukan kebangsaan Greece, George Baldock ditemukan mati di kolam renangnya semalam, lapor akhbar Greece.
Pemain pertahanan kanan berusia 31 tahun kelahiran England itu mati di rumahnya di pinggir bandar selatan Athens, Glyfada, menurut agensi berita ANA.
Liga Super Greece dan beberapa kelab mengucapkan takziah.
sumber:- BH
Televisyen kebangsaan ERT berkata, pemain itu berada “di dasar kolam” dan sebotol alkohol ditemui di tempat kejadian.Menurut ANA, isteri Baldock, yang berada di luar negara, memaklumkan pemilik kediaman itu selepas gagal menghubungi pemain itu menerusi telefon.