sukan

“Sejujurnya saya berharap dapat digandingkan bersamanya”

Jorge Obregon enggan dilabel sebagai penyerang nombor satu Johor Darul Ta’zim (JDT), sebaliknya menegaskan persaingan antaranya dengan Bergson da Silva mampu menambah kekuatan pasukan itu.

Menurutnya, dia dan penyerang dari Brazil itu saling hormat antara satu sama lain malah Bergson juga tidak lokek untuk mencurah pengalamannya beraksi bersama skuad Harimau Selatan.

“Semua pemain yang ada di kelab ini cukup mesra dan ini membantu saya cepat sesuaikan diri termasuk komunikasi dengan Bergson yang lebih memudahkan tugas saya untuk bekerja dengan rakan sepasukan.

“Bergson seorang penyerang yang cukup hebat dan sejak tiba di sini, dia banyak membantu saya dan kami sering berbincang ketika sesi latihan namun saya tidak pernah merasakan saya kini penyerang nombor satu kerana saya hanya menjalankan tugas.

“Sejujurnya saya berharap dapat digandingkan bersamanya kerana dia seorang penyerang berkualiti tetapi ia bergantung kepada taktikal yang memerlukan salah seorang daripada kami untuk duduk sementara di bangku simpanan.

“Namun apa yang boleh saya katakan, kami saling menghormati dan saya gembira bila dia bermain dan dia juga gembira bila saya beraksi dalam kesebelasan utama malah Bergson sering berikan kata-kata semangat buat saya,” katanya.

sumber:- BH

Pemain dari Colombia itu meledak gol sulung dalam Liga Juara-Juara Asia Elit menerusi gol kedua ketika menewaskan Shanghai Shenhua 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Selasa lalu.