Pengendali skuad Bawah 19 Tahun (B-19) negara, Juan Torres Juan Torres Garrido cukup kecewa dan terkilan apabila anak buahnya gagal menempah slot beraksi di Piala Asia B-20, tahun depan.
Garrido yang mengakui bertanggungjawab terhadap kegagalan itu melihat barisan anak buahnya beraksi cemerlang pada pertemuan pertama apabila menumbangkan Oman 2-1, sekali gus memberi harapan cerah kepada pasukan negara.
Namun, segala-galanya serba tidak kena apabila mereka tewas 0-1 kepada Tajikstan, sekali gus meragut semangat juang pemain.
“Pada perlawanan pertama menentang Oman sudah pastinya kita dilihat mempunyai peluang cerah untuk melangkah ke Piala Asia B-20.
“Kita sudah berusaha dan berjuang untuk memastikan sekurang-kurangnya mengakhiri saingan di tempat kedua, namun nasib tidak menyebelahi pasukan.
“Malah, pada perlawanan menentang Sri Lanka pula kita tidak beraksi seperti yang diharapkan terutama jentera serangan agak tumpul, sekali gus sukar untuk mencipta gol,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.
Skuad muda negara mengakhiri saingan Kumpulan E Kelayakan Piala Asia B-20 di tempat keempat, sekali gus gagal untuk menempah slot ke China tahun depan.
Mereka merekodkan satu kemenangan, dua seri dan sekali tewas untuk memungut lima mata selepas mengharungi empat perlawanan.
sumber:- BH
Sebanyak 16 pasukan akan beraksi di Piala Asia B-20 yang akan berlangsung di China pada tahun depan.Hanya juara kumpulan dan lima pasukan tempat kedua terbaik daripada 10 kumpulan akan layak ke kejohanan itu.