Hasrat untuk melihat wakil Malaysia beraksi di pentas final Terbuka Macau musnah selepas beregu lelaki negara, Nur Mohd Azriyn Ayub Azriyn-Tan Wee Kiong tewas kepada pasangan Indonesia,semalam.
Dalam aksi separuh akhir yang berlangsung Macao East Asian Games Dome itu menyaksikan wakil negara terpaksa akur dengan kehebatan Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 12-21 dan 19-21.
Pada pertemuan set pertama menyaksikan beregu negara itu memberi tentangan sengit pada awal permainan namun kesilapan mudah menghukum mereka sebelum tewas 12-21.
Skrip sama turut berlaku pada set kedua dengan kedua-dua pasukan saling bertukar servis namun ketika penghujung permainan wakil negara gagal mengekalkan rentak perlawanan sekali gus terpaksa akur tumpas 19-21.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan tiada wakil negara beraksi di pentas final Terbuka Macau.
Ia selepas beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin turut tewas di peringkat separuh akhir kepada pasangan Indonesia.
sumber:- HM
Pasangan yang berada di ranking 29 dunia itu terpaksa akur tewas kepada Dejan Ferdinanshah-Gloria Emanuelle Widjaja 15-21,21-17 dan 14-21.