sukan

Gabriel Nistelrooy ungguli takhta penjaring terbanyak

Tonggak Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Gabriel Nistelrooy membuktikan kredibilitinya sebagai penyerang tempatan apabila kini mengungguli takhta penjaring terbanyak Piala MFL 2024/25.

Meledak sembilan gol setakat ini, pemain kelahiran Sarawak ini mengakui masih banyak yang perlu dipelajari terutamanya untuk memperkemaskan lagi ketajaman di hadapan gawang bagi perlawanan akan datang.

Gabriel menganggap pentas Piala MFL banyak membantunya untuk terus menjadi pemain terbaik dan dengan pencapaian ketika ini memberikan lebih motivasi kepadanya untuk memastikan status penjaring terbanyak terus kekal menjadi miliknya.

“Ya, saya agak berpuas hati apabila dapat menjaringkan banyak gol, tetapi setakat ini banyak lagi yang perlu saya perbaiki.”Rakan sepasukan saya juga amat membantu, terutamanya ketika di sesi latihan. Hasil bantuan daripada merekalah yang membantu saya menjaringkan lebih banyak gol.

“Di Malaysia, buat masa ini kita ketandusan penyerang tempatan. Sebagai seorang penyerang, apa yang saya mampu saya berikan adalah membuat yang terbaik dan manfaatkan peluang sebaik mungkin,” katanya.

Dalam masa sama, pemain berusia 24 tahun ini turut berbangga apabila beberapa kali diberi peluang untuk berlatih bersama skuad utama JDT sebelum ini.

“Ada juga beberapa kali saya berpeluang untuk berlatih bersama skuad utama JDT. Dari situlah saya dapat belajar daripada penyerang-penyerang utama JDT seperti Bergson da Silva dan ramai lagi.

sumber:- BH

“Kadang-kadang ada juga mereka beri nasihat untuk memperbaiki mana yang perlu,” katanya.