Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri, mengucapkan selamat tinggal kepada juara Liga Super itu.
Menerusi laman sosial Instagram, Forestieri, memberikan perkembangan terkini dengan keputusannya meninggalkan kelab di mana meledak 50 gol dalam 72 penampilan.
“Ini sukar untuk saya mengucapkan selamat tinggal tetapi ini adalah bola sepak.”Saya ingin mengucapkan banyak terima kasih untuk beberapa tahun yang menakjubkan ini di JDT.
“Kepada Kiko, Martin, Alistair, kakitangan perubatan, kakitangan teknikal, penganalisis, pengurus pasukan, kakitangan pemasaran, pakar pemakanan, penjaga kit, tukang kebun, tukang cuci, tukang masak, keselamatan, dan semua orang di belakang tabir, terutamanya rakan sepasukan saya yang akan sentiasa saya hargai kenangan bersama anda semua!
“Terima kasih kepada peminat kerana sentiasa menyokong saya! Saya akan selamanya berterima kasih kepada bos dan keluarganya yang cantik yang sentiasa menjaga saya dan keluarga saya! Gracias Jefe sebahagian hati saya akan sentiasa berada di Johor.”
Tonggak lincah kelahiran Itali itu beraksi hampir tiga musim buat skuad Harimau Selatan dan mengecapi trofi pertama dalam kariernya di sini.
Beberapa siri kecederaan bagaimanapun menjejaskan rentaknya setelah terpaksa diketepikan buat beberapa kali musim ini.
Aksi terakhir Forestieri bersama JDT adalah ketika menentang Kelantan Darul Naim pada bulan Jun di Stadium Sultan Ibrahim dan beliau menjaringkan gol pada minit ke-44.
sumber:- stadium astro
Beliau hanya diturunkan sebanyak 4 perlawanan pada musim ini termasuklah aksi pra-musim menentang Lion City Sailors.Ketika ini, pemain berusia 34 tahun itu menjalani latihan bersama pasukan B21 Watford, dan masih belum ada keputusan rasmi destinasi berikutnya.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More