Brazil tewas buat kali keempat dalam lima aksi kelayakan Piala Dunia selepas jaringan Diego Gomez memberikan Paraguay kemenangan 1-0 di Asuncion.
Juara dunia lima kali, Brazil, yang menewaskan Ecuador 1-0 Jumaat lalu, kini di tangga kelima kelayakan Amerika Selatan untuk Piala Dunia 2026 pada 10 mata, mengatasi Venezuela berdasarkan perbezaan gol.
Hanya enam pasukan teratas akan layak beraksi di Piala Dunia yang diadakan di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada, dengan pasukan di tangga ketujuh perlu mengharungi satu lagi pusingan kelayakan.
Dorival Jr, yang mengambil alih skuad Brazil daripada Tite selepas pasukan itu tersingkir di suku akhir Piala Dunia 2022 di Qatar, menyaksikan skuadnya diatasi dengan jaringan minit ke-20 Gomez.
“Jurulatih masih mencari cara terbaik untuk kami bermain dan ia jelas dalam keputusan perlawanan.
“Ramai pemain baharu, kami tidak cukup yakin. Bukan mudah untuk layak, ia tempoh sukar dan kami perlu tahu untuk menanganinya.”Sekarang fasa perubahan, kami belum cukup yakin. Kami perlu bekerja keras, mendapatkan keputusan di atas padang adalah jawapan terbaik,” kata pertahanan Brazil, Marquinhos.
sumber:- BH
Brazil akan meneruskan kempen kelayakan bulan depan menentang Chile dan Peru. – REUTERS