sukan

‘Kami tidak berpura-pura menjadi mangsa’ — TMJ

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak mencipta drama atau konspirasi sebaliknya membuktikan keupayaan mereka dengan memenangi setiap perlawanan.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, Harimau Selatan juga bukan sebuah pasukan yang suka bercakap banyak dan menabur janji kosong.

Ia dibuktikan dengan kejayaan membelasah salah satu pencabar terkuat iaitu Selangor FC dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.

“Kami tidak bercakap, berpura-pura menjadi mangsa, mencipta drama, konspirasi dan membuat janji kosong.”Kami hanya membuktikan kemenangan,” katanya dalam hantaran di laman sosial HRH Crown Prince of Johor.

Dalam aksi final tersebut, JDT terlalu unggul buat Selangor apabila mudah membenam pasukan itu 6-1 sekali gus mencipta sejarah sebagai pasukan pertama memenangi Piala FA tiga kali berturut-turut.

sumber:- SH

Malah kejayaan itu juga melebarkan penguasaan JDT sebagai pasukan gergasi Malaysia apabila sudah mengumpul 28 piala sejak 2013.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

9 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

9 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

13 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

14 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

14 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

15 hours ago