Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, terpaksa akur apabila tewas kepada lawan dari Thailand, Vitidsarn Kunlavut, dalam aksi straight set 21-14, 21-15 Sukan Olimpik Paris 2024 di Porte de La Chapelle Arena, sebentar tadi.
Zii Jia membuka perlawanan dengan aksi meyakinkan dalam set pertama apabila mendahului tiga mata dalam awal permainan tetapi wakil Thailand itu berjaya mengikat wakil negara, 9-9 dalam aksi penuh debaran.
Begitupun, Kunlavut kembali menunjukkan aksi terbaiknya dengan corak serangan yang agresif untuk mendapatkan kemenangan dalam perlawanan pertama 21-14 dalam tempoh 26 minit.
Corak pertahan yang ampuh menyukarkan Lee Zii Jia untuk mengheret Kunlavut ke set penentuan dan terpaksa akur selepas tidak berjaya melangkah ke pentas final apabila tewas kepada wakil Thailand yang berada di kedudukan ke-8 dunia itu 21-15 dalam tempoh 51 minit secara keseluruhannya.
sumber:- stadium astro
Cabaran pemain kelahiran Alor Setar akan diteruskan bagi merebut pingat gangsa menentang sama ada menentang Viktor Axelsen mahupun wakil dari India Lakshya Sen.