Mesir layak ke suku akhir pertandingan bola sepak lelaki Sukan Olimpik selepas melengkapkan peringkat kumpulan dengan kemenangan mengejut 2-1 ke atas Sepanyol malam tadi, dengan Ibrahim Adel menjaringkan kedua-dua gol.
Adel memberikan Mesir gol pendahuluan di Bordeaux menerusi satu jaringan menakjubkan pada lewat babak pertama dan menambah satu lagi gol pada minit ke-62, susulan kesilapan pemain Sepanyol, Jon Pacheco yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.
Samu Omorodion membalas satu gol buat Sepanyol, tetapi Mesir mengekalkan kedudukan itu untuk membolehkan mereka melonjak mengatasi Sepanyol yang sudah layak sekali gus muncul juara Kumpulan C.
Mesir, yang diketuai bekas pemain tengah Arsenal, Mohamed Elneny, akan beraksi suku akhir pada Jumaat ini di Marseille menentang naib juara Kumpulan D, yang terdiri daripada Jepun, Paraguay, Mali dan Israel.
sumber:- BH
Mesir tumpas pada suku akhir tiga tahun lalu di tangan Brazil, yang muncul juara dengan menundukkan Sepanyol pada final.
Pertembungan suku akhir Sepanyol di Lyon menentang juara Kumpulan D. – AFP