Ketua jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee, tidak gembira anak buahnya ketinggalan dengan dua gol dalam separuh masa pertama sebelum tumbang 1-3 kepada juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), sebentar tadi.
Sang Badak mengurangkan defisit permainan kepada 1-2 pada awal babak kedua tetapi akhirnya terpaksa akur apabila semakan video bantuan pengadil (VAR) memberikan Harimau Selatan sepakan penalti berikutan kekasaran Rawilson Batuil ke atas Ariff Aiman Hanapi pada masa kecederaan.
“Kami tidak fokus dengan dua gol dalam separuh masa pertama berikutan sepakan sudut dan kelekaan yang menyukarkan kami.”Namun, gol sepakan penalti memberi kami peluang semula.
“Tetapi malangnya apabila kami cuba dapatkan gol penyamaan terutama hadiah sepakan penalti — saya tidak pasti hadiah daripada siapa .
“Tetapi kami perlu terima hakikat bahawa dua gol awal dalam separuh masa pertama menyukarkan kami untuk sekurang-kurangnya mendapatkan satu mata.
Kim Swee mempunyai dua minggu untuk tempoh persediaan sebelum berkunjung ke Stadium Tunku Abdul Rahman di Paroi bertemu Negeri Sembilan.
sumber:- stadium astro
“Saya harap pemain cedera akan pulih sepenuhnya.”Saingan ini masih awal dan kekalahan ini akan memberi kami satu kesedaran bahawa kami harus kekal konsisten,” katanya lagi.