sukan

Peluang Malaysia pintas Indonesia

Harimau Malaya berpotensi melonjak naik lapan tangga menerusi daripada dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Anak buah bimbingan kendalian Kim Pan-gon dirundung malang apabila tewas dua kali ketika menentang pasukan ke-77 dunia, Oman dengan keputusan 2-0.

Lantas, Malaysia berdepan dua tugas penting apabila dijadualkan menentang Republik Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei dalam misi untuk mara ke pusingan berikutnya.

Skuad kebangsaan bagaimanapun memiliki peluang untuk melonjak semula selepas turun lapan tangga ke kedudukan ke-138 dunia ketika ini.

Kemenangan berdepan pasukan ke-101 dunia, Kyrgyzstan, membenarkan Harimau Malaya memperoleh tambahan +15.31 mata menjadi 1109 mata.

Malaysia akan melayan kunjungan Chinese Taipei pada 11 Jun 2024 pula membolehkan skuad kebangsaan memperoleh tambahan +10.43 mata FIFA dan menjadikan mata keseluruhan kepada 1119 mata.

Kemenangan tersebut bakal membantu Malaysia melonjak kembali lapan tangga dan naik ke kedudukan 130 dunia.Kedudukan itu membolehkan Malaysia memintas negara seperti Rwanda (132), Indonesia (135) dan juga Latvia (137) ranking FIFA.

sumber:- SA

Harimau Malaya akan beraksi bagi perlawanan kelima Kumpulan D menentang Republik Kyrgyz pada 6 Jun 2024 (Khamis) di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek.Perlawanan keenam pula berdepan Chinese Taipei dan skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 11 Jun 2024.