sukan

Masters Malaysia: Leong Jun Hao gegar Axiata Arena

Bekas juara Kejohanan Remaja Asia, Leong Jun Hao, melakar kemenangan dramatik ke atas wakil dari China, Lei Lan Xi, sekali gus menggamit suasana di Stadium Axiata Arena, sebentar tadi.

Perlawanan yang berlangsung selama satu jam 21 minit itu menyaksikan Leong Jun Hao berjaya bangkit di set kedua selepas tewas di set pertama untuk mengheret perlawanan ke set ketiga sebagai perhitungan terakhir.

sumber:- SA

Sikap tidak berputus asa yang ditonjolkan pemain berusia 24 tahun itu membuahkan hasil dan berjaya membawanya ke pusingan ke-16, pada esok hari.