sukan

Berapa lama lagi harus kami tunggu? – TFC

Berapa lama lagi harus kami tunggu?

Itu persoalan yang bermain di fikiran peminat setia Terengganu FC (TFC) kerana hingga kini belum lagi menerima berita gembira mengenai status naturalisasi pemain import, Argzim Redzovic.

Terdahulu dalam laman sosial hangat diperkatakan, pemain kelahiran Montenegro itu yang berkahwin dengan gadis kelahiran Cameron Highlands, Pahang akan menjadi pemain naturalisasi dalam masa terdekat.

Namun hingga kini terutama selepas Liga Super membuka tirainya pada 10 Mei lalu, pertahanan tengah skuad Penyu itu masih lagi berstatus import.Ketika diajukan persoalan itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas, beliau juga tiada jawapan sambil menegaskan masih menunggu jawapan daripada pihak berkuasa.

“Sukar bagi kami untuk memaklumkan bila pemain itu (Redzovic) akan mendapat status sebagai pemain naturalisasi.”Ini kerana hingga kini kami belum mendapat apa-apa perkembangan dan perkhabaran serta hitam putih sama ada permohonan dan rayuan kami berkaitan proses naturalisasi itu diluluskan ataupun sebaliknya.

sumber:- BH

“Bagaimanapun kami meletakkan harapan yang tinggi supaya pemain yang lebih enam tahun beraksi di negara ini mendapat status pemain naturalisasi.”