sukan

Pemenang Piala Dunia sah sertai Liga Malaysia

Kehilangan pemain bertubuh sasa dari Perancis, Herold Goulon di posisi pertahanan, dijangka tidak begitu dirasakan Negeri Sembilan FC (NSFC) apabila Aliyu Abu Bakar mampu mengisi kekosongan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2024-2025.

Aliyu, 27, yang berasal dari Nigeria disahkan sebagai pemain import terbaharu yang menyertai skuad Hobin Jang Hobin.

“Pemain pertahanan tengah ini beraksi 38 perlawanan bersama Khan Tengri FC dalam saingan Liga Perdana Kazakhstan musim lalu.

“Pencapaian terbaik Aliyu ialah membantu negaranya memenangi Piala Dunia FIFA B-17 pada edisi 2013,” kata kelab itu, hari ini.Dalam satu siaran video, Aliyu akui tidak sabar untuk memulakan cabaran bersama Negeri Sembilan dan dia berazam mahu mencatat nama serta mengukir sejarah bersama pasukan berkenaan.

“Saya percaya, dengan barisan pemain, rekod dan pengalaman, Negeri Sembilan memiliki keupayaan untuk bersaing dengan baik dan mencapai kejayaan dala