Kedah Darul Aman FC hari ini mengumumkan kepulangan bek tengah, Irfan Zakaria, ke pangkuan pasukan itu selepas tiga tahun meninggalkan Stadium Darul Aman.
Pemain berusia 28 tahun itu pernah mewakili Sang Kenari dalam saingan domestik dan peringkat Asia pada 2020.
Sebagai rekod, Irfan juga pernah mewakili skuad senior negara sebanyak 13 kali dan menjaringkan satu gol ketika Malaysia menewaskan Bhutan 3-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 2018.
sumber:- SA
“KDA FC dengan bangga mengumumkan ketibaan Muhammad Irfan bin Zakaria, pemain yang pernah mewakili Kedah di musim 2020, skuad yang layak ke pentas playoff Asia Champions League,” kata pasukan Hijau Kuning itu dalam kenyataan berkenaan.