sukan

Cristiano Ronaldo jadi mangsa Arab Saudi

Cristiano Ronaldo sekali lagi diejek dengan laungan Lionel Messi ketika kekalahan 1-0 Al-Nassr di tangan kelab Emiriah Arab Bersatu, Al-Ain awal pagi tadi.

Hanya minggu lalu, penyerang Portugal itu dilaporkan dipanggil oleh pemimpin Liga Pro Saudi untuk menjelaskan isyarat yang dilakukannya terhadap penyokong yang melaungkan nama Messi kepadanya.

Penyokong dilihat terus mengejek pemenang anugerah Ballon d’Or lima kali itu apabila mereka menyasarkan kepadanya sekali lagi ketika aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara Asia.

Ketika rehat, Ronaldo menuju ke bilik persalinan apabila penonton didengari melaungkan nama ‘Messi, Messi’ – satu serangan yang ditujukan kepada bintang Al-Nassr itu.

Dalam video yang dimuat naik dalam laman X, Ronaldo kelihatan kecewa ketika dia menggeleng-gelengkan kepalanya menuju ke terowong.

Di sebalik beraksi 90 minit penuh perlawanan itu, bekas bintang Real Madrid dan Manchester United itu berada di pasukan yang kalah selepas jaringan Soufiane Rahimi seminit sebelum separuh masa pertama tamat.

Insiden di Al-Ain hanya satu lagi contoh peminat di Arab Saudi yang mengejek penyerang itu dengan laungan mengenai musuh utamanya – yang turut berlaku minggu lalu.

Pemain Al-Nassr berusia 39 tahun itu berdepan Al-Shabab, yang mempunyai pemain termasuk bekas pemain tengah Atletico Madrid, Yannick Carrasco dan bekas bintang Barcelona, Ivan Rakitic.

Dengan tiga mata diraih selepas menang 3-2, Ronaldo menerima ucapan tahniah daripada rakan sepasukannya selepas wisel penamat.

Namun pemain antarabangsa Portugal itu dilihat bengang dengan penonton yang menjerit nama bekas lawannya dalam aksi El Clasico, Messi.

Sebagai balasan, Ronaldo meletakkan tangan di telinganya sebelum membuat isyarat ke arah kelangkangnya yang ditujukan kepada penonton.

sumber:- BH

Penyerang itu digantung satu perlawanan oleh pemimpin bola sepak Saudi susulan insiden itu. – AGENSI