sukan

Piala Asia: Peluang Thailand cerah

Thailand dilihat memiliki peluang terbaik untuk melayakkan diri ke pusingan 16 Piala Asia Qatar 2023 dengan menumbangkan Oman dalam aksi kedua Kumpulan F di Stadium Abdullah bin Khalifa malam ini.

Pasukan Gajah Perang itu membuka kempen dengan cemerlang apabila menumbangkan Kyrgysztan 2-0, sekali gus menduduki tangga teratas kumpulan berkenaan dengan tiga mata.

Oman, dalam pada itu, tewas 1-2 kepada Arab Saudi dalam aksi pembukaan, sekali gus berada dalam tekanan untuk mengelakkan kekalahan dalam pertemuan kali ini.

Menurut laporan The Nation, bekas pemain kebangsaan Thailand, Chalermvud Sangapol, berasakan Oman pasukan yang akan lebih tertekan memandangkan mereka perlu mengelak daripada kalah jika tidak mahu tersingkir awal.

“Tekanannya lebih kepada Oman kerana mereka tewas perlawanan lalu. Ini akan memberikan Thailand peluang untuk beraksi lebih bertahan dan memberikan tekanan kepada lawan itu,” katanya.

Seorang lagi bekas pemain kebangsaan Thailand, Sasom Pobprasert, menambah: “Di tahap ini, pasukan kebangsan Thailand ada peluang untuk ke suku akhir dan mereka amat bersedia secara fizikal.

sumber:- SA

“Walaupun perlawanan akan datang akan lebih mencabar, masih ada peluang untuk mereka berada dalam kelompok 16 pasukan terbaik, iaitu layak ke pusingan berikutnya,” katanya.