sukan

Piala Asia: Naturalisasi bakal ranap impian Malaysia

Harimau Malaya perlu berwaspada dengan pemain naturalisasi Bahrain, Moses Atede, menjelang aksi kedua Kumpulan E, Piala Asia di Stadium Al Janoub malam ini.

Ini kerana pemain tengah bertahan itu merupakan tonggak Kedah Darul Aman FC musim lalu dan amat mengenali corak permainan pemain negara.

Berdasarkan pertemuan dengan Jordan awal pagi Selasa lalu, bekas perancang Kedah, Mahmoud Al-Mardi, muncul pemain paling cemerlang meledakkan dua gol gemilang sambil Noor Al-Rawabdeh dan Yazan Al-Arab, yang membarisi Selangor musim lalu, turut cemerlang memainkan peranan masing-masing di bahagian tengah dan benteng pertahanan sehingga Malaysia tewas 0-4 dalam aksi pembukaan itu.

sumber:- SA

Sebagai rekod, Atede merupakan pemain kelahiran Nigeria tetapi mencipta nama bersama kelab Bahrain, Al-Hidd, dari 2018 hingga 2021.Dia kemudian menyertai satu lagi kelab Bahrain, Al-Muharraq, selama setahun sebelum memilih untuk ke Kedah pada 2022