Jordan dibelasah Jepun 1-6 dalam perlawanan pemanas terakhir sebentar tadi sebagai persiapan terakhir menghadapi Piala Asia 2023.
Menurut laporan vavel.com, Jepun selaku tuan rumah– mengadakan perlawanan itu secara tertutup di Stadium Al Ersal — secara tidak langsung memberi amaran kepada pencabar mereka di Qatar apabila mempamerkan kelas tersendiri menerusi jaringan pembukaan pada minit ke-14 dan berlanjutan kepada 4-0 menuju bilik persalinan, dan menutup perlawanan berkenaan dengan jaringan keenam pada minit ke-85.
Bintang Jordan, Rajaei Ayed, turut diturunkan untuk menjana bahagian tengah tetapi sukar berbuat apa-apa gerakan tatkala Jepun terus mendominasi permainan.
sumber:- SA
Ia merupakan ujian terakhir anak buah Hussein Ammouta itu sebelum berdepan Malaysia dalam Kumpulan E di Stadium Al Janoub, Selasa depan.