Biarpun perjalanan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mara pusingan 16 terbaik saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) terhenti namun pengendalinya, Esteban Solari tetap berbangga dengan apa yang dipamerkan pemainnya mengharungi kempen Kumpulan I.
Kemenangan 4-1 ke atas BG Pathum United FC dalam aksi terakhir saingan ACL di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, kelmarin membuktikan pemain memberi komitmen yang tinggi dan sememangnya mereka layak meraih pujian.
“Kami menentang pasukan terbaik di Liga Thailand dan ia bukan tugas mudah. Malah pada aksi babak pertama kami jelas bergelut untuk menyaingi corak permainan pasukan lawan apabila mereka beraksi dengan taktikal tersusun.
“Kami memerah segala keringat untuk mengimbangi kekuatan pasukan lawan selepas ketinggalan 0-1.”Apabila babak kedua bermula, pemain saya menunjukkan kualiti sebenar dan kembali mewarnai corak permainan yang konsisten.
“Malah pada babak kedua, setiap pemain menggandakan usaha dan apabila kami meraih sepakan penalti, ia detik kebangkitan untuk meneruskan momentum permainan berintensiti tinggi,” katanya.
sumber:- HM
Ditanya mengenai persembahan Natxo Insa yang hampir 10 bulan tidak beraksi dalam aksi kompetitif akibat kecederaan, Solari ternyata gembira dengan kualiti permainan yang dipamerkan kapten JDT itu.