Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat, menegaskan dia dan rakan sepasukan tidak sesekali selesa dengan prestasi semasa Harimau Selatan sebaliknya akan memperbaiki kelemahan yang ada dalam setiap perlawanan yang diharungi.
Jelas tonggak pertahanan berusia 31 tahun itu, dalam bola sepak setiap perlawanan adalah sesi pembelajaran dan JDT sentiasa berusaha untuk muncul antara kuasa besar di rantau Asia.
Sementara itu Johor Darul Ta’zim (JDT) sememangnya sudah berada dalam kelas tersendiri di rantau Asia Tenggara (ASEAN) namun hakikatnya, skuad Harimau Selatan masih jauh ketinggalan dengan gergasi Asia seperti Jepun mahupun Korea Selatan.
Situasi itu diakui pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menjelaskan masih banyak yang perlu dilakukan JDT untuk menjadi setanding dengan pasukan terkemuka Liga Juara-Juara Asia (ACL) namun pasukan itu berada pada laluan yang tepat untuk menuju ke arah terbabit.
Kata Tunku Ismail, pasukan terkemuka Asia seperti Urawa Reds sudah memulakan projek mereka sejak tahun 90an jika hendak dibandingkan dengan JDT yang baru bermula sejak 2013.
sumber:- SA
“Dari segi komersial dan infrastruktur, kita yang terbaik di ASEAN. Tetapi dari segi prestasi, program akar umbi, profesionalisme dan diet, kita masih jauh dan belum berada pada tahap mereka.