Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, mudah ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Perancis apabila menewaskan wakil tuan rumah, Arnaud Merkle, secara set langsung di Glaz Arena, Rennes sebentar tadi.
Tentangan sengit diberikan Merkle pada awal set pertama tetapi sebaik mengikat kedudukan 9-9, Tze Yong tidak lagi menoleh ke belakang dan tidak pernah ketinggalan sebelum mencatatkan kemenangan 21-19.
Saingan jelas lebih mudah buat Tze Yong dalam set kedua, di mana dia mempamerkan aksi hampir sempurna sebelum mencatatkan kemenangan selesa 21-8 selepas secara keseluruhan bertarung selama 47 minit.
sumber:- SA
Tze Yong seterusnya akan menantikan pemenang di antara jaguh Taiwan, Chou Tien Chen, dan juara dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn, bagi penentuan ke separuh akhir esok.