sukan

Bukan Tajikistan saja, Malaysia pun turun bukan skuad terkuat

Umum mengetahui Malaysia tewas 0-2 dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023 di tangan Tajikistan malam tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selepas perlawanan malam tadi, rata-rata peminat bola sepak tempatan beranggapan bahawa terdapat beberapa pemain yang sepatutnya berada dalam skuad kebangsaan untuk Pestabola Merdeka kali ini, sekaligus mencerahkan peluang menjulang piala tersebut.

Terdapat beberapa pemain yang menjadi pilihan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan di antaranya Afiq Fazail, Hong Wan, Syafiq Ahmad, Shahrul Saad, Sharul Nazeem dan Syamer Kutty Abba.

sumber:- SA

Malah, tidak kurang juga ada peminat yang merindui aksi pemain paling berbisa Harimau Malaya, Guilherme De Paula.Dalam temubual terdahulu, pengendali Tajikistan Petar Segrt berkata mereka hadir ke pertandingan kali ini tanpa 15 pemain utama mereka dan hanya menurunkan pemain muda yang rata-ratanya berusia 21 tahun.