sukan

Malaysia mahu ‘lunas dendam’ di Final

SETELAH mengejutkan India 4-2 pada perlawanan pembukaan saingan Pestabola Merdeka 2023 pada Jumaat, Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon melaungkan amaran awal apabila berdepan Tajikistan pada Selasa depan.

Ia merupakan peluang terbaik skuad negara untuk ‘melunaskan dendam’ kekalahan kepada pasukan di ranking ke-110 dunia itu pada aksi final Piala Raja Thailand tahun lepas.

“Kita masih ingat saat itu (final Raja Thailand), kedua-dua pasukan tidak dapat bermain dengan baik kerana hujan lebat sebelum kita tewas dalam penentuan sepakan penalti.

sumber: SH

“Kita mempunyai peluang terbaik untuk ‘balas dendam’ pada perlawanan seterusnya, apatah lagi kita bermain di hadapan penyokong sendiri tapi kita tetap menghormati mereka (Tajikistan) kerana ranking mereka lebih tinggi daripada kita,” katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.