sukan

Komen TMJ keadaan padang SNBJ tarik perhatian

Tidak sampai tempoh 48 jam padang baru Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) namun ia sudah kelihatan rosak sebaik 45 minit pasukan Malaysia beraksi menentang India pada perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2023 sebentar tadi.

Jelas sekali padang yang bernilai jutaan ringgit itu kelihatan tercabut atau ‘koyak’ seawal lima minit sepak mula perlawanan membabitkan Malaysia menentang India sekali gus menimbulkan persoalan dikalangan penyokong bola sepak tanah air terhadap kualiti rumput yang digunakan itu.

Situasi terbabit juga mengganggu corak permainan kedua-dua pasukan apabila ada ketikanya bola melantun dan menghalang pergerakan pemain.

Malah, sebaik tamat separuh masa pertama menyaksikan kakitangan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bertungkus lumus membaiki kembali padang yang rosak bagi memastikan kelancaran perlawanan membabitkan Malaysia bertemu India.

Semalam, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) merasmikan padang baharu SNBJ.

Mengikut rekod, gelanggang keramat Harimau Malaya itu bukan sahaja menggunakan rumput baharu, malah proses naik taraf turut dilakukan di bahagian lain termasuk tempat solat dan tandas.

Padang baharu menggunakan rumput Zeon Zoysia bagi menggantikan rumput jenis Cow Grass dianggarkan mencecah kos sehingga RM1.4 juta.

sumber:- HM

Rumput Zeon Zoysia jenis lasak dengan cuaca hujan dan tahan panas berbanding cow grass yang tidak sesuai lagi digunakan untuk bola sepak moden.

“Padang Patut Beri Lebih Masa, Biar Akar Kuat”, Respon TMJ Dengan Keadaan Padang Bukit Jalil

Salah seorang peminat bola sepak mengajukan pertanyaan tersebut kepada Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melalui platform X.

“Rumput padang bola belum habis separuh masa pertama dah barai. Rumput tak matang atau kena scam dengan kontraktor? Mohon TMJ siasat,” kata pengguna media sosial tersebut.

Pertanyaan berkenaan menarik perhatian pemilik kelab JDT yang kemudian menjawab pertanyaan tersebut.“Padang itu sepatutnya diberikan lebih masa untuk akar dia (rumput) kuat. Macam padang Stadium Sultan Ibrahim.

”Tetapi pasukan kebangsaan hendak pakai secepat mungkin. Itu atas keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan stadium.

”Kalau saya, saya beri lebih masa. Sekurang-kurangnya dua atau tiga bulan. Kontraktor ini kontraktor yang sama buat padang JDT,” kata TMJ.