Skuad muda negara, AMD Dream melangkah ke separuh akhir Kejohanan Bolasepak Piala Supermokh 2023 bagi kategori bawah 13 tahun.
Turut mengiringi AMD Dream ke peringkat itu adalah tiga pasukan dari luar negara iaitu Chonburi FC (Thailand), KSS Lech Poznan FC (Poland) dan Evergrande Football School (China).
AMD Dream dan Chonburi FC muncul dua pasukan terbaik Kumpulan A manakala KSS Lech Poznan dan Evergrande Football School pula menjadi wakil dari Kumpulan B.
Evergrande Football School mara selepas menewaskan Hong Kong FA 3-1 pada aksi terakhir peringkat Kumpulan B, hari ini.Ketua jurulatih Evergrande Football School, Sun Weirong menyifatkan kemenangan diraih adalah hasil usaha keras barisan pemainnya untuk terus memburu kejuaraan.
“Pemain beraksi dengan sangat baik dan sudah semestinya saya bangga dengan aksi anak didik saya.”Kami memanfaatkan peluang yang ada dengan jaringan gol dan akan terus memberikan saingan yang lebih sengit di dipentas separuh akhir nanti,” katanya.
Sementara itu, keputusan seri tanpa jaringan berdepan Chonburi FC membolehkan AMD Dream muncul juara Kumpulan A dengan mengumpul tujuh mata manakala kelab Thailand itu mengumpul empat mata untuk berada di tangga kedua.
Jurulatih AMD Dream, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham berkata pasukannya menaruh hasrat untuk mengatasi Evergrande Football School diperingkat separuh akhir.
sumber:- BH
“Saya meletakkan harapan tinggi dibahu pemain AMD Dream. Prestasi yang dipamerkan dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan menyaksikan tidak mustahil kami dapat melangkah ke pentas akhir,” katanya.