Kecergasan menjadi fokus utama Sri Pahang FC sepanjang tempoh rehat panjang saingan Liga Super.
Pengendalinya, Fandi Ahmad berkata, ini kerana beliau mengakui tempoh rehat panjang sedikit sebanyak memberi kesan daripada segi prestasi.
“Oleh itu bagi memastikan tahap kecergasan pemain berada pada prestasi terbaik, soal kecergasan menjadi keutamaan pasukan.
“Saya harap semua pemain dapat memberikan fokus dan tumpuan sepenuhnya bagi mengharungi baki lima perlawanan.
“Sepanjang tempoh ini juga saya harap persembahan meyakinkan dapat dipamerkan pemain untuk meletakkan pasukan pada kedudukan terbaik musim ini,” kata legenda bola sepak Singapura itu.
Selepas mengharungi 21 perlawanan, Pahang berada di kedudukan keempat liga dengan mengutip 43 mata dengan berbaki lima perlawanan.
sumber:- BH
Berdasarkan jadual, Pahang akan berdepan Terengganu FC (TFC) pada 29 Oktober, diikuti PDRM FC (8 November), Penang FC (26 November), Johor Darul Ta’zim (3 Disember) dan KL City FC (17 Disember).