sukan

Keputusan Aksi Ng Tze Yong lawan Kodai Naraoka

Perjalanan perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam Sukan Asia Hangzhou 2022 tamat di peringkat suku akhir selepas tewas kepada pemain pilihan kedua dari Jepun, Kodai Naraoka, di Gimnasium Binjiang sebentar tadi.

Turun dengan status bukan pilihan, Tze Yong mempamerkan aksi melawan dan bersemangat tinggi sebelum tewas tipis 20-22 dalam pertarungan selama 30 minit set pertama.

Bagaimanapun, momentum itu tidak dapat dikekalkan dalam set kedua sambil Naraoka mempamerkan aksi lebih kemas untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir dengan kemenangan 21-15.

sumber:- SA

Kekalahan itu tiba selepas seorang lagi perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, turut terkandas di peringkat sama selepas tewas kepada jaguh India, H. S Prannoy, 16-21, 23-21, 20-22.