Penyerang Bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Fergus Tierney berharap pengendali baharu skuad itu mampu membimbing skuad remaja negara dengan lebih mantap bagi persiapan menghadapi saingan Piala Asia Bawah 23 tahun di Qatar, April tahun depan.
Pemain kacukan Malaysia-Scotland itu menyifatkan ketua jurulatih, E Elavarasan banyak mengubah corak permainannya menjadi lebih matang dan berharap penggantinya mampu memberi impak positif dalam pasukan itu nanti.
“Saya mengharapkan yang terbaik sahaja dan enggan mengulas lebih lanjut kerana Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah tentu akan buat yang terbaik untuk pasukan Bawah 23 tahun. Apapun coach Ela tetap terbaik buat kami.
“Saya tidak ada kuasa untuk bercakap mengenai pengganti Elavarasan tetapi semoga pengganti beliau akan membawa semangat yang baru dan dapat menajamkan semula prestasi skuad B-23 ini,” katanya.
Mengulas mengenai kejayaan Johor Darul Ta’zim III (JDT) mempertahankan kejuaraan Piala Presiden dua musim berturut-turut selepas menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 2-0 dan menang dengan agregat 5-1, Fergus mengakui dirinya teruja kerana turut mencipta satu gol pada dalam aksi final kedua di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), malam tadi.
sumber:- BH
Jelas pemain berusia 20 tahun itu, NSFC bermain dengan aksi yang begitu baik sekali gus membuatkan kedua-dua pasukan bersaing dengan lebih agresif malah beberapa gerakan berbahaya JDT III sering disekat benteng pasukan lawan.