sukan

Hukuman berat menanti gara – gara sepak pengadil

Tonggak pertahanan import Selangor FC, Yazan Al-Arab bakal berdepan hukuman berat apabila dengan sengaja menendang pengadil perlawanan Mohd Hasrol Mohd Amir.

Tindakan keterlaluan pemain itu dilakukan sebaik aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya berakhir, yang mana sebelum itu pemain kebangsaan Jordan itu dilayangkan kad merah oleh Hasrol.

Kekecewaan Yazan itu mungkin disebabkan oleh rasa tidak puas hatinya terhadap mutu pengadilan.

Dalam aksi itu, skuad Red Giants terikat 1-1 sekali gus tersingkir menerusi perkiraan agregat memihak Terengganu FC 3-1 selepas lawan menang 2-0 pada suku akhir pertama di Kuala Terengganu minggu lalu.

Gol skuad Penyu diperoleh menerusi sepakan penalti Ivan Mamut pada minit ke-23, manakala jaringan penyamaan hasil tandukan Safuwan Baharudin selepas 69 minit.

Berdasarkan peraturan permainan, hukuman penggantungan adalah asas biasa buat mana-mana pemain yang didapati menyentuh, menolak mahupun menumbuk pengadil.

sumber:- BH

Malah Persatuan Bolasepak Malaysia juga sering mengenakan hukuman sama buat pemain dalam Liga Malaysia yang didapati bersalah melakukan tindakan agresif sebegitu.