sukan

Saya langsung tidak ingat — Bergson

Mesin gol Johor Darul Ta’zim FC (JDT), Bergson da Silva, mencipta sensasi apabila menjaringkan golnya yang ke-100 dan 101 dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia bertemu Negeri Sembilan di Iskandar Puteri semalam.

101 jaringan dihasilkannya hanya dalam tempoh dua tahun sebaik pemain kelahiran Brazil itu menyarung jersi JDT.Ia sesuatu yang amat bermakna buat Bergson dan menegaskan dia kini membawa kualiti berbeza berbanding dua tahun lalu.

Jaringan pertama yang dihasilkannya ketika bertemu UiTM pada 2021 umpama pembukaan langkah cemerlang Bergson, yang tidak menyangka mencecah jaringan tiga angka dalam masa yang singkat.

“Sebenarnya, secara jujur, saya tidak ingat mengenai pencapaian ini. Apabila saya menjaringkan gol, saya langsung tidak ingat,” katanya.

“Selepas perlawanan, ada rakan sepasukan mengingatkan saya, jadi saya amat gembira.”Ini sebagai satu bukti kerana saya tidak pernah berfikir momen ini akan tiba. Saya tidak pernah terfikir akan menjaringkan gol sebanyak ini seperti sekarang.

sumber:- SA

“Saya amat gembira. Saya tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan ini,” katanya.