sukan

Keberkesanan pemain JDT antara faktor yang perlu diperhalusi

180 minit aksi yang sarat dengan cerita skuad bola sepak negara di China, ramai berasakan Malaysia bakal dibelasah di tanah besar China sebaliknya menghadirkan kisah berbeza.

Ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon, turun ke tanah besar dengan persediaan penuh selain daripada faktor Pan-gon sendiri, satu perkara yang perlu diakui, keserasian majoriti pemain utama yang pernah beraksi di pentas Asia memainkan peranan luar biasa.

Ia bukan berkisar kepada cerita seri melibatkan pasukan yang memiliki ranking lebih baik dari Malaysia, tetapi mengisi kandungan dalam dua aksi tersebut.

Sebelum berlepas ke Chengdu, Pan-gon sendiri meluahkan kebimbangan dengan beberapa kelemahan ketara anak buahnya membabitkan konsistensi dalam perlawanan.

Namun merujuk kepada dua aksi di Chengdu, Pan-gon mungkin sudah boleh berlapang dada.”Selepas ketinggalan dua jaringan ketika bertemu Syria, Malaysia melakukan pertukaran dan berjaya memastikan keputusan seri dalam perlawanan tersebut,” kata pemerhati bola sepak negara Asmawi Bakiri.

Keberkesanan majoriti pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) antara faktor yang perlu diperhalusi.Pengalaman di pentas Asia secara tidak langsung memberi kelebihan buat Harimau Malaya

sumber:- SA

“Menyesuaikan diri dalam perlawanan ternyata bukan mudah, apa yang telah diterjemahkan dalam dua perlawanan ini ternyata hasil kesinambungan prestasi barisan pemain yang cemerlang bersama kelab di kancah saingan bola sepak tempatan.”