Ketua jurulatih skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, E Elavarasan menambah ‘jentera’ baharu bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Asia B-23 2024 yang sedang berlangsung di Thailand.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan, hari ini, mengesahkan Elavarasan yang juga penolong jurulatih skuad senior Harimau Malaya itu memanggil pemain Perak, Nik Umar Nik Aziz.
Nik Umar yang sebelum ini berada dalam senarai bersedia akan dibawa ke Thailand bagi menggantikan pemain di posisi penyerang, Haqimi Azim Rosli.
FAM menjelaskan penyerang Kuala Lumpur (KL) City itu terpaksa digugurkan daripada skuad B-23 kali ini selepas mengalami kecederaan.
Harimau Malaya B-23 akan meneruskan kempen kelayakan berdepan Filipina bagi aksi kedua Kumpulan H di Stadium Chonburi, petang esok.
sumber:- BH
Tiga mata penting menjadi buruan anak buah Elavarasan dalam perlawanan itu selepas membuka kempen dengan langkah kanan apabila menewaskan Bangladesh 2-0, kelmarin.