Beregu wanita nombor satu negara, Pearly-Thinaah , bangkit daripada ketinggalan satu set untuk mara ke pusingan kedua dengan menewaskan wakil Belanda, Debora Jille-Cheryl Seinen, dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka China BWF di Guangzhou hari ini.
Beregu negara itu mencetuskan cemas apabila tidak pernah dapat mendahului sepanjang set pertama dan jauh ketinggalan 5-13 sebelum tewas 17-21.
Bagaimanapun, rentak sebenar mereka bermula dalam set kedua, di mana Pearly dan Thinaah mengubah nasib meraka 180 darjah untuk mendahului 8-2 sebelum menang 21-17.
Aksi dalam set penentuan juga menunjukkan dominasi penuh beregu negara berkenaan untuk meraih enam mata pertama dan mendahului 11-2 sebelum menamatkan pertarungan selama 54 minit itu dengan kemenangan 21-10.
sumber:- SA
Pearly dan Thinaah selepas ini akan bertemu lawan pilihan kelima dari Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota, bagi penentuan ke suku akhir.