sukan

Fandi Ahmad lega

Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad lega apabila jentera serangan pasukan itu mempamerkan prestasi positif dalam saingan Liga Super, setakat ini.

Legenda bola sepak Singapura itu berkata, perkembangan itu banyak membantu memperkasakan skuad Tok Gajah mencatat kemenangan.

“Oleh itu, saya mahu sentuhan jaringan terus diperkasa pada setiap perlawanan dan tidak terlalu bergantung kepada seorang penyerang.

“Semua pemain perlu membantu mengurangkan tekanan terutama kepada Kpah Sherman yang kini menjadi penjaring terbanyak pasukan,” katanya.

Selepas mengharungi 20 perlawanan liga, Sri Pahang menjaringkan 35 gol berbanding 33 gol dalam 22 perlawanan pada musim lalu dan Sherman muncul penjaring terbanyak skuad Tok Gajah dengan 11 gol.

Pada masa sama, Fandi mengharapkan Lucas Silva yang baru pulih daripada kecederaan dan sudah kembali bersama pasukan dapat mempamerkan prestasi terbaiknya.

“Sebenarnya saya gembira dengan prestasi Silva ketika kami menang 5-1 ke atas Kelantan United FC pada 27 Ogos lalu.

sumber:- HM

“Dia menamatkan 90 minit perlawanan buat kali pertama musim ini dan memberikan bantuan gol, sekali gus pencapaian positif selepas berdepan masalah kecederaan sehingga tidak beraksi dalam beberapa bulan,” katanya.