sukan

FAM sasar 40

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah mewujudkan akademi pengadil dalam usaha melahirkan lebih ramai individu berkaliber dan berkemahiran dalam usaha memastikan kualiti pengadilan Liga Malaysia (Liga M) lebih terjamin.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, akademi pengadil itu juga berperanan dalam mengadakan kursus membabitkan penggunaan sistem video bantuan pengadil (VAR) yang dibantu wakil dari Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).

“Kita sudah melaksanakan akademi pengadil dalam usaha melahirkan lebih ramai pelapis pengadil pada masa hadapan.”Kalau boleh kita mahukan khusus semua pengadil kita untuk dapat lesen VAR. Setakat ini hanya seorang pengadil iaitu Nazmi Nasaruddin yang mempunyai lesen VAR dan lepas ini kita akan ada 40 pengadil yang ada lesen VAR,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam memaklumkan bahawa perancangan untuk swastakan pengadil yang dirancang pada 2018 ditangguh buat sementara waktu.

“Pada 2018 memang ada cadangan untuk wujudkan swastakan pengadil yang mana ia sepatutnya diimplementasikan pada tahun 2020, tapi apabila negara dilanda pandemik Covid-19 untuk dua tahun.

“Dengan itu pendekatan adalah untuk kita mengambil untuk perkara ini sebab implementasi profesional struktur bukan sekadar pembentangan power point kerana keseluruhan struktur yang apa kita mahukan perlu dipertimbangkan,” katanya yang pernah menyandang jawatan Setiausaha Agung FAM dari 2018 hingga 2021.

sumber:- HM

Berikutan itu, beliau berkata, pada masa ini FAM akan berperanan menguruskan perihal pengadil termasuklah membabitkan khusus dan beberapa perkara lain.