Beregu wanita negara, Pearly-ThinaahPearly-Thinaah sudah memberi yang terbaik namun rezeki tidak memihak kepada mereka untuk melakar sejarah dalam arena badminton negara untuk meraih pingat di Kejohanan Badminton Dunia.
Ketika semakin hampir untuk menempah tiket ke separuh akhir, mereka akhir terpaksa akur dengan kekalahan di tangan beregu nombor enam dunia, Zheng Shu Xian-Zheng Yu dalam pertemuan yang berlangsung di Royal Arena di Copenhagen, Denmark itu.
Pearly-Thinaah yang menduduki ranking ke-11 dunia bermula garang apabila menang di set pertama 21-17, 17-21, 19-21.
Kekalahan itu nyata sukar untuk ditelan oleh Thinaah yang mengalirkan air mata kekecewaan sejurus selepas tamat perlawanan berkenaan.
Perkara itu turut diakui oleh Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky yang mengatakan mereka sudah bermain dengan baik.
Namun ada sesuatu yang perlu dilakukan oleh Rexy terhadap Pearly-Thinaah apabila pulang ke tanah air nanti.
“Mereka sudah bermain dengan bagus. Dari awal hingga ke set kedua apabila mendahului lawan 11-5.”Tertiba mereka berdua ulang benda yang sama seperti di Terbuka Australia.
“Hampir nak menang tepi meletakkan tekanan kepada diri sendiri yang akhirnya hilang kepercayaan bahawa mereka boleh menang,” katanya.
Kekalahan itu menyaksikan pasangan China itu terus melebarkan rekod pertemuan dengan empat kemenangan berturut-turut ke atas Pearly-Thinaah selepas mereka menang semua tiga pertemuan sebelum ini.
Kemaraan ke separuh akhir sudah menjamin kedudukan podium buat semua pemain untuk sekurang-kurangnya membawa pulang pingat gangsa daripada kejohanan kali ini.
sumber:- HM
Pencapaian Pearly-Thinaah melangkah ke suku akhir kali ini menyaksikan mereka menyamai rekod tiga lagi pasangan wanita negara yang turut melakar keputusan sama sebelum ini iaitu Lim Pek Siah-Chor Hooi Yee (1997), Chin Eei Hui-Wong Pei Tty (2005, 2006, 2007) dan Amelia Anscelly-Soong Fie Cho (2015).