sukan

Fandi Ahmad ‘sound’ pemain

Meskipun menang 5-1 ke atas Kelantan United Football Club (KUFC) dalam aksi Liga Super malam tadi, namun pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad menegur sikap pemainnya.

Ini berikutan, anak buahnya dilihat hilang fokus di babak kedua selepas membenam kijang hijau 3-0 di babak pertama.

Fandi, 61 berkata, dia gembira dengan tiga mata yang dikutip namun pemainnya agak kurang memberikan persembahan.

“Kita mengatasi 30 minit awal namun selepas itu kita beri peluang KUFC mendominasi, kita senang bermain dengan bola bawah, kesilapan hantaran dan terlalu mengundang (KUFC) datang, sepatutnya kita matikan gerakan mereka.

“Bagi saya kami beruntung sebab Kelantan bermain baik tapi tidak gol, hanya lalu tepi dan lewati tiang gol,” katanya selepas perlawanan, malam tadi.

Bagi pengendali KUFC, Ailton Dos Santos Silva berkata, dia gembira dengan persembahan anak buahnya yang berjuang habisan dengan satu gol saguhati.

Katanya, bagaimanapun dengan kedudukan terkini berkongsi lapan mata dengan Kelantan FC, di kedudukan kedua tercorot adalah keadaan yang bahaya untuk pasukan turun ke M3.

“Kita cipta banyak peluang, sama banyak dengan Sri Pahang, tapi lawan kita bagus walaupun ada dua gol yang saya jangka dibuat dengan baik.

sumber:- HM

“Namun dengan pengalaman 30 tahun dalam arena bola sepak, bagi saya cipta peluang kalau tak gol, kita tak menang, jadi kita harus cari kemenangan, bila menang satu perlawanan akan naikkan keyakinan pemain, jadi saya harap perlawanan seterusnya kita boleh menang,” katanya.