sukan

Penang terus dirundung malang

Penang FC terus dirundung malang apabila tewas kali kelima berturut-turut, kali ini 0-3 di tangan PDRM FC pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Keputusan itu turut menyaksikan PDRM kembali mengutip mata penuh selepas kemarau kemenangan dalam tiga aksi diharungi sebelum ini.

Pada aksi terbabit, skuad Harimau Kumbang lebih banyak mendominasi babak pertama dan amaran awal dihantar pelawat pada minit keempat menerusi tandukan Ousmane Fane namun terlalu tinggi melewati palang.

Percubaan penyerang Penang FC, Abdeen Temitope Abdul pada minit ke-11 bagaimanapun tepat ke dakapan Mohamad Ramdhan Ab Hamid sebelum percubaan satu lawan satu Abdeen diselamatkan Ramdhan tiga minit berselang.

PDRM mengatur gerakan dan peluang terbaik hadir pada minit ke-18 menerusi hantaran lintang Uche Agba yang ditanduk Ahmad Nabil Latpi tetapi ditepis penjaga gol pelawat, Azfar Arif Mohd Sukri.

PDRM akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-35 bermula daripada sepakan percuma Kyaw Min Oo yang ditampan Fane ke dalam gawang sendiri untuk meletakkan tuan rumah mendahului 1-0.

Sepakan percuma terus menjadi ‘senjata’ PDRM apabila mereka melebarkan jurang pada minit ke-73 menerusi tandukan James Okwuoso sekali gus meletakkan tuan rumah selesa berkelebihan dua gol.

sumber:- BH

PDRM terus ‘mengganas’ apabila rembatan jauh Bruno Suzuki menerjah gawang pelawat buat kali ketiga pada hujung permainan untuk melengkapkan kemenangan bergaya di laman sendiri.