Sabah tidak berdepan masalah untuk meraih tiga mata berharga apabila mengatasi Negeri Sembilan 3-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, sebentar tadi.
Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee mendahului dua gol yang disumbangkan penyerang berbisa mereka, Ramon Machado pada minit ke-13 dan 29.
Sang Badak menutup permainan babak pertama dengan selesa apabila Miguel Cifuentes menambah gol ketiga pada masa kecederaan.
Bagaimanapun tiada tambahan jaringan berjaya dihasilkan sabah pada babak kedua, sebaliknya Negeri Sembilan mendapat jaringan saguhati menerusi Hein Htet Aung pada minit ke-90.
sumber:- BH
Kemenangan itu menyaksikan Sabah mengumpul 42 mata untuk berada di kedudukan keempat manakala Negeri Sembilan yang menghimpun 21 mata di tangga kesembilan.