sukan

Zii Jia teruskan rentak cemerlang di kejohanan dunia

Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah untuk memenangi aksi pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia 2023 Copenhagen selepas berjaya menumpaskan wakil Kanada, Brian Yang sebentar tadi.

Zii Jia yang menduduki ranking ke-13 dunia mengambil masa 33 minit untuk mencatat kemenangan straight set 21-11, 21-16 di Royal Arena.

Menanti Zii Jia di pusingan ketiga ialah pilihan ke-12 dari Denmark, Anders Antonsen yang mengetepikan seorang lagi perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong 22-24, 16-21.

Turut mara ke pusingan ketiga ialah beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah selepas mereka berjaya menundukkan gandingan Scotland, Julie Macpherson-Ciara Torrance 21-15, 21-10.

Mereka yang diletakkan sebagai pilihan ke-10 akan berdepan dengan Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara di pusingan ketiga.

Berdasarkan rekod, Pearly-Thinaah mendahului 2-1 ke atas pilihan keempat kejohanan itu.

Sementara itu, beregu lelaki negara yang juga pilihan ketujuh, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut mara selepas menumpaskan pasangan Thailand, Pharanyu Kaosamaang-Worrapol Thongsa Nga 21-16, 18-21, 21-12.

sumber:- BH

Menanti mereka di pusingan ketiga ialah pemenang di antara pilihan ke-11 dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup atau wakil Scotland, Alexander Dunn-Adam Hall.