sukan

Tugas getir menanti Malaysia

SKUAD Bola Sepak Bawah 23 tahun (B-23) perlu mencari pendekatan terbaik sekiranya mahu menewaskan Vietnam, dalam aksi separuh akhir Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Stadium Rayong Provincial pada Khamis.

Atas kertas, skuad Harimau Muda dilihat bukan sebagai pasukan pilihan di perlawanan separuh akhir itu ketika berdepan juara bertahan tersebut.

Namun, sudah tentu tiada yang mustahil buat skuad muda negara untuk melakar kejutan selepas mencatat keputusan cemerlang dalam dua aksi peringkat kumpulan sebelum ini apabila menewaskan pemenang pingat emas Sukan SEA, Indonesia 2-1 dan Timor Leste 3-1.

Bagaimanapun, pengendali pasukan negara, E Elavarasan seolah-olah merendah diri dan tidak mahu mendabik dada dengan rentak positif dipamerkan para pemainnya.

Malah, beliau mengakui Vietnam mempunyai kualiti yang lebih baik berbanding pasukan negara selain pasukan negara agak janggal beraksi di peringkat kalah mati dalam kejohanan tersebut.

sumber:- SH

“Di Asia Tenggara, Vietnam sememangnya pasukan yang bagus. Jadi, jika anda tanya saya, semua pemain mereka bagus dan mereka sering mencapai kejayaan dalam kejohanan yang disertai mereka.