Akaun Instagram penyerang skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Fergus Tierney ‘diserang tentera netizen’ Indonesia selepas skuad Garuda Muda negara itu tewas 2-1 kepada Malaysia dalam aksi pertama Kumpulan B Kejuaraan AFF B-23, kelmarin.
Penyokong tegar Indonesia itu mendakwa Tierney sengaja menjatuhkan badan bagi meraih simpati pengadil yang kemudianya menghadiahkan sepakan penalti kepada Malaysia.
Pemain gantian itu mudah menolak masuk gol penyamaan bagi memadam kelebihan lawan, sebelum Tierney sekali lagi meledak dengan gol kedua yang juga jaringan kemenangan.
Ternyata kemenangan skuad kendalian E Elavarasan itu tidak disenangi dan akibatnya akaun Instagram Tierney dibanjiri ribuan kritikan dan makian daripada netizen dari Indonesia.
“Raja ‘diving’ ,” kata rezanda. Hilal azzahri pula mencaci dengan menulis, “Penalti kau taruh celah *** mak kau ke?”.Bukan dua komen itu saja, malah beratus lagi kritikan dilemparkan ke atas Tierney.
Malah ada juga mengugut mengancam nyawa pemain muda kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.
sumber:- HM
Hasil kemenangan ke atas Indonesia, skuad negara kini dalam laluan untuk mara ke separuh akhir dan akan menentang Timor Leste dalam aksi terakhir kumpulan malam esok.