sukan

Misbun dedah sebab tidak terima kembali tawaran BAM

Legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek, menjelaskan bahawa tujuannya menolak pelawaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk kembali memegang jawatan pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) sehingga hujung tahun ini adalah kerana tidak mahu mengganggu kelangsungan program sedia ada yang telah dirangka sebelum ini.

Misbun juga mendedahkan bahawa dia kini sedang meneliti beberapa tawaran yang diterima dari luar negara dan akan mempertimbangkan tawaran terbaik berdasarkan terma yang telah ditetapkannya.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman, individu berusia 63 tahun itu berkata: “Memang saya yang atur persiapan itu sejak Kejohanan Remaja Dunia yang lalu dan ia sepatutnya menjadi garis panduan untuk saya menyediakan persiapan yang rapi ke arah itu.

“Tetapi dalam masa dua minggu ini, banyak perkara sudah berlaku terhadap persiapan itu dan ia merupakan jangka masa yang untuk.

sumber:- SA

“Jika saya menerimanya, banyak lagi perkara akan terungkai dan banyak gangguan atau mungkin ketidakselesaan daripada apa yang mereka perlu siapkan.”Jadi, saya membuat keputusan untuk tidak mengambil balik (jawatan itu),” katanya.